Tuesday, March 30, 2010

Merokok atau makan babi ?


University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.
Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.
"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.
"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."
The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.
Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.
At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.
"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.
The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.
A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.

DK - Nampaknya filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi di dalamnya. Rokok yang ada kat Malaysia tak tahulah apa yang ada dan yang pasti merokok ini tetap membawa kepada mudharat. Aku rasa kena letak gambar babi golek kat kotak rokok barulah perokok akan berhenti merokok. Perokok cina ape citer ?

Wednesday, March 24, 2010

Arak & Brunei

"BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya.

DK - Sama macam kes alkohol lah. mula2 0.05%, pastu up 1% dan last semua pakat mabuk2 pasal alkohol dah banyak percent. Banyak lagi sumber pendapatan negara yang boleh dijana. kalau kata menteri Malaysia kafir, depa marah plak. yang depa mengkafirkan ayat2 Allah SWT tu nak dipanggil apa ?

Sunday, March 21, 2010

Peranan Ulama Dan Alkohol.


Ulama dunia sudah mengeluarkan fatwa minuman tanpa alkohol dan minuman beralkohol 0.5% ke bawah dan tidak memabukkan adalah halal maka kita sebagai umat Islam yang jahil kena ikut dan patuh kepada fatwa yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama apabila mereka bersusah payah mengadakan majlis ijma bagi menghapuskan keraguan yang timbul dan mereka jugalah yang lebih mengetahui berbanding kita.

Setiap fatwa yang dibentangkan janganlah diambil ulasan pertama, pertengahan, pengakhiran atau pokok sahaja, sebaliknya ambil keseluruhan isi yang menerangkan kenapa ianya halal atau kenapa ianya haram. Paling mudah kita perlu melihat kepada unsur kemudharatan dan lagha (perbuatan sia-sia yang tidak mendatangkan faedah baik) dalam diri kita barulah mengambil pendekatan ijtihad untuk menerima fatwa yang dikeluarkan.

Contohnya menghisap rokok, adakah ia mendatangkan mudharat kepada kita jika kita menghisap dengan bilangan satu sedutan, mungkin tidak merbahaya tetapi bagaimana pula dengan lagha, tidakah banyak lagi aktiviti yang berfaedah selain daripada menghisap rokok boleh kita lakukan. Jika menghisap rokok melebihi sekotak sehari sudah tentu ia akan membawa kemudharatan kepada kesihatan kita dan sememangnya menyebabkan kita lagha dalam waktu yang banyak. Maka disebabkan itulah ulama berbeza pendapat, ada mengatakan merokok adalah haram dan ada juga mengatakan halal.

Kenapa berlaku perbezaan, ini kerana ada ulama melihat merokok satu sedutan tidaklah mendatangkan mudharat yang besar kepada manusia maka tidak boleh dikatakan haram, akan tetapi ada ulama melihat merokok satu sedutan akan menjadi punca kepada merokok melebihi sebatang bahkan mungkin ketagih sekotak sehari dan hukumnya adalah haram kerana telah membawa kepada mudharat yang besar.

Susah sangatkah untuk ulama sepakat mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh menjadi punca kepada kemudharatan dan lagha. Ada pula mempersoalkan pandangan penulis apabila mengatakan dadah juga haram tetapi kenapa penulis menggunakannya jika berdasarkan ubat batuk dan panadol juga boleh membawa kemudharatan jika mengambil berlebihan, misalnya penulis apabila batuk atau demam akan mengambil sirap batuk dan panadol untuk melawan kuman yang membawa kepada keuzuran. Ingin penulis jelaskan pengambilan ubat secara sukatan yang betul tidaklah membawa kemudharatan dan tidak membawa kepada lagha tetapi merokok jika dengan satu sedutan juga tidak membawa kemudharatan besar akan tetapi ia dianggap membawa kepada lagha, jadi janganlah menghampirinya kerana tiada faedah yang baik. Ubat-ubatan tidaklah haram jika mengambil sukatan yang betul, sebaliknya jika diambil secara berlebihan sehingga membawa kepada kemudharatan tubuh badan seperti khayal, mabuk, pitam atau meracau dan menyebabkan kita lagha maka perbuatan itu adalah haram. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengeluarkan fatwa mengambil dadah sehingga membawa kemudharatan kepada badan dan akal manusia adalah haram.

Berbalik kepada soal minuman tanpa alkohol ataupun beralkohol di bawah 0.5%, kita sebenarnya telah dipesongkan dengan perkataan alkohol oleh musuh-musuh Islam daripada membincangankan dua unsur yang penting iaitu mudharat dan lagha. Alkohol bukanlah punca sebenar kepada masalah ini dan seterusnya menyebabkan ulama Islam berbeza pendapat samada alkohol halal atau haram. Maka timbulah banyak keraguan dan fatwa terhadap perkara-perkara yang dikaitkan penggunaan alkohol.

Ayat 67, Surah Al Nahl.

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat ini diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.

Ayat 219, Surah Al Baqarah
.
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.

Ayat 43, Surah An Nisa

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca ayat al-Quran kerana berada dalam keadaan mabuk. Maka turunlah ayat ketiga di atas.

Ayat 90, Surah Al Maidah

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.
Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.

Perkara yang harus dilihat adakah terdapat perkataan alkohol dalam ayat-ayat di atas, kita tidak boleh menyamakan alkohol seperti lemak babi yang digunakan dalam bahan makanan, ini kerana apa sahaja yang berkaitan dengan babi adalah haram. Sememangnya dalam Al-Quran sudah jelas menyatakan babi adalah haram. Ramai daripada kita mengambil hujah seperti lemak babi, kalau makan daging babi ianya haram dan kalau makan makanan yang menggunakan lemak babi ianya juga haram. Begitu juga kalau minum minuman beralkohol ianya haram dan kalau menggunakan atau memakan makanan yang menggunakan alkohol ianya haram. Disebabkan terlalu pandailah kita menyalahkan alkohol punca segala permasalahan. Seperti yang diketahui alkohol adalah bahan penstabil yang digunakan di dalam pelbagai bahan seperti minuman, makanan, pewangi, peluntur dan lain-lain.

0.5% alkohol seumpama satu sedutan rokok yang mana tidak membawa kemudharatan besar kepada manusia. Sebab itulah Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berijtihad menyatakan ianya tidak haram. Akan tetapi jika lebih daripada 0.5% dan membawa kepada mabuk yakni memudharatkan badan serta akal manusia ianya adalah haram. Tetapi harus diingat dalam dunia ini ada manusia walaupun meminum arak yang mengandungi sehingga 40% alkohol masih lagi berkeadaan normal dan tidak mabuk.

Patuhkah kita mengharamkan bahan-bahan yang dicampur di dalam tembakau kerana penyebab kepada penghasilan rokok dan patutkah kita mengharamkan alkohol yang berada dalam jus buah-buahan kerana penyebab penghasilan arak. Kita tidak boleh menyalahkan bahan-bahan di dalam rokok ataupun arak. Yang patut dipersalahkan adalah rokok ataupun arak itu sendiri kerana setiap benda yang membawa kepada salah satu iaitu mudharat ataupun lagha sepatutnya dihentikan pengambilan. Arak adalah haram tidak kiralah ada alkohol ataupun tidak kerana ia tetap membawa kepada lagha. Apa itu lagha di dalam Arak ?

Perbuatan sia-sia adalah apabila kita berlagak seolah-olah sedang meminum arak walaupun tidak mabuk, perbuatan sia-sia apabila kita cuba meniru orang kafir dan sesat dengan minum seperti mereka walaupun tidak mabuk, perbuatan sia-sia adalah membiarkan botol minuman buah-buahan tanpa alkohol menyerupai botol arak yang memabukkan, perbuatan sia-sia ialah kenapa perlu meminum minuman menyerupai arak sedangkan banyak lagi minuman lain yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Perbuatan sia-sia apabila kita mengatakan alkohol adalah haram bukannya arak itu yang haram dan perbuatan sia-sia ialah menjadikan minuman tanpa alkohol ataupun sedikit alkohol itu sebagai sebahagian daripada kita dan harus mencuba walaupun setitik.

Walaupun arak sedikit alkohol itu tidak membawa mudharat, ianya tetap membawa kepada lagha dan memudahkan musuh Islam mendekatkan orang Islam kepada perkara mabuk dan melalaikan sedikit demi sedikit. Jika 0.5% alkohol di dalam arak tidak memabukkan dan umat Islam telah lali dengannya maka ditambahkan kepada 1.0% alkohol seterusnya sikit demi sedikit akan menjadi kepada 40% alkohol dan mungkin akan bertambah kerana akan ada manusia masih lagi tidak mabuk. Sehubungan itu umat Islam haruslah menjauhi arak bukannya menjauhi alkohol. Alkohol banyak memberikan manfaat kepada dunia sains dalam menghasilkan pelbagai produk yang berguna kepada manusia selagi ia tidak membawa kemudharatan dan lagha.

Penulis hanya ingin berkongsi pandangan dengan pengunjung blog ‘Ini Pasal Dia’ berkenaan alkohol bukannya mengeluarkan fatwa kerana penulis amatlah jahil berbanding ulama-ulama Islam. Terpulang kepada pengunjung untuk memahami ataupun menyebarkan kepada pembaca blog-blog peribadi yang lain dan bagi penulis hanya satu masalah besar yang sepatutnya dibincangkan oleh ulama-ulama dunia iaitu :-



Masalah yang paling besar bagi umat Islam masa kini sebenarnya kenapa tidak dihimpunkan ulama-ulama dunia untuk sama-sama ber ijma dalam mencari keputusan yang satu. Sebaliknya kita melihat ulama Mesir berbeza fatwa, ulama negara Arab berbeza fatwa, ulama Malaysia lagilah berbeza fatwa ( setiap negeri sesuka hati keluarkan fatwa ). Jika dulu empat mazhab mempunyai perbezaan fatwa disebabkan faktor geografi, pandangan sahabat-sahabat nabi terdahulu dan sebagainya, sekarang ulama Malaysia berbeza pendapat disebabkan kepentingan dunia, kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Inilah yang menjadi punca kepada menambah kekusutan dan kekeliruan rakyat Malaysia.

Bersatulah kita mempertahankan Agama Islam sehingga tibanya hari kiamat kelak.

Jom Minum Arak ?


Gambar disiarkan oleh Utusan Malaysia menunjukkan orang ramai mencuba beer tanpa alkohol.

"Saya dihujani dengan pertanyaan dan terkejut pasal ada blogger yang "minum" dengan penyiaran gambar "usrah blogger". Saya akui saya sendiri, macam terkejut juga melihat gambar untuk kali pertama dan ini memberikan pengajaran agar kita berhati-hati menyiarkan gambar orang lain dalam blog kerana orang ramai atau pembaca boleh mentafsir dengan pelbagai maksud.Untuk mengelak salah tafsir ini, saya menulis mengenai perkara ini sejelas-jelasnya agar kekeliruan boleh dihilangkan.

Sekarang ini banyak di restoran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa alkohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer beralkohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa alkohol ini? Umumnya orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum. (Gambar, cilok daripada laman Penembak Babi tanpa izin - maaf)

Utusan Malaysia, 8 Mei 2009 ada menyiarkan tentang maklumat ini;
Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Dalam kenyataan yang sama ada menyebut; "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," Katanya kepada Utusan Malaysia. Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran,



Saya juga mendapat maklumat bahawa minuman bergas pun mempunyai kandungan alkohol yang sedikit yang dimaafkan oleh Majlis Fatwa negara kita.

Ahmad Jalaini Abdul Ghani ada menulis;
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alkohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.

Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alkohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alkohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alkohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alkohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alkohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.


DS Najib masa perlancaran arak halal ini pun nampak macam ragu-ragu nak minum, (agak aje)

Jadi jangan jadikan minuman itu sebagai isu, fokus kepada isu sebenar yang di utara dalam perbincangan kita soal-soal kepimpinan ulama.

Saya dulu pernah berhujah dengan seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini mengenai minyak wangi beralkohol. Saya tanya beliau mengenai macam mana proses alkohol, asid karbosilik, ester (wangian daripada buahan-buahan misalnya durian) saling bertukar dalam rantaiannya CCH4. saya tanya dia bagaimana dengan cat rumah dsbnya. Sehingga beliau tak terjawab.
Saya berpendapat alkohol dalam minyak wangi tidak haram, tetapi saya tidak menggunakannya kerana saya mengambil jalan yang lebih selamat.

Soal minuman ini soal yang kilas, tapi yang lebih besar patut diperbahaskan ialah soal rokok. Tok Guru Nik Aziz kata haram.

Petikan Tulisan Wan Ji;
Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.

Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.

Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.

Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.

( Penulis telah mengambil artikel ini daripada laman Tranungkite Online, melalui tulisan batu-api2. Sila baca pandangan penulis dalam tajuk Peranan Ulama Dan Alkohol ? )

Saturday, March 20, 2010

Raja Memerintah

Sultan atau raja yang memerintah ialah pemimpin yang mampu memberikan arahan tegas tanpa terikat pada undang-undang kepada setiap pegawai kerajaan atau rakyat di bawah jajahan takluknya. Ini kerana sultan yang sepatutnya mencipta dan menentukan undang-undang mengikut perkiraan sendiri di atas nasihat memanda pembesarnya, itu pun jika nasihat diikuti. Pada zaman dahulu sultan mempunyai kuasa yang cukup besar sehingga sesiapa yang derhaka boleh terkena sumpahan dan hukuman yang maha dahsyat. Santau, bunuh, sula, rejam, potong tangan dan kaki, potong kepala, dijadikan makanan binatang buas, dilemaskan dalam air, dikorek biji mata dan di segala-gala yang amat kejam kepada rakyat yang derhaka.

Siapa tidak kenal moyang sultan Johor, Almarhum Sultan Mahmud telah mengarahkan hulubalang and the gang membunuh Wan Anum kerana makan seulas buah nangka yang sepatutnya menjadi santapan baginda tetapi disebabkan penyakit ibu-ibu yang mengandung iaitu mengidam telah mencalar kehormatannya. Ini adalah contoh sultan memerintah yang sebetulnya. jangan mecabar kuasa sultan jika tidak buruk padahnya dan akhirnya baginda terpaksa mengakhiri kehidupan dengan kematian berdarah dan menjadi sebutan rakyat sebagai Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Bagaimana pula dengan Almarhum Sultan Iskandar, baginda memang seorang yang tegas, manakan tidak kerana teguran seorang pegawai agama, pelempang yang menjadi santapan pegawai tersebut. Adakah baginda seorang yang kejam ? Tidak benar. Baginda cuma seorang yang tegas dan ketegasannya tidak mengira baik atau buruk dan jangan sesekali mencalar kehormatannya. Cuma ketegasannya masih ada tolak ansur dan disebabkan itulah pembesar-pembesar Johor bersama dengan cerita yang ditokok tambah mempengaruhi baginda dalam setiap tindakan yang diambil. Akhirnya baginda mengakhiri hidup dengan kutukan dan sindiran daripada rakyat dari jajahan takluk Sultan yang berjiran tetapi mewakili rakyat Johor Darul Takzim kononnya. Ini dipanggil tegas tak bertempat.

Di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang telah membanggakan ramai perempuan di Kelantan dan seluruh tanah air kerana kecekapan dan kebijaksanaan dalam pentadbiran dan jika Wan Anum adalah rakyat Kelantan, sudah tentu ia akan dapat makan buah nangka bersama-sama dengan Cik Siti tanpa perlu mengorbankan nyawanya. Sikap yang mengambil berat permasalahan rakyat dan turun padang mendekati rakyat ternyata Cik Siti dapat mengakhiri kehidupan dengan aman dan mendapat pujian rakyat.

Bagaimana pula dengan sultan Kelantan yang belum lagi almarhum iaitu Sultan Ismail. Baginda adalah sultan yang baik hati, kerana apa sahaja yang diinginkan oleh kerabat-kerabatnya dipersetujui dengan senyuman dan disebabkan baik hati inilah rakyat mula bercakap-cakap sultan Kelantan adalah sultan yang takut pada bini ? dan meluluskan segala-galanya. Bermacam-macam projek pembangunan telah muncul sejak akhir-akhir ini walaupun pembesar negeri Kelantan bukannya mempunyai duit yang banyak untuk buat projek seperti rakyat yang bernama SBJ mata sepet dan akhirnya baginda belum lagi mangkat sudah ada komplot sebahagian rakyat untuk menyingkirkan baginda daripada takhta.

Manakala di Kedah pula, sikap berbelah bagi Sultan Mohamad Jiwa antara keselamatan rakyat dan kekuasaan baginda menyebabkan tanah jajahan takluknya Pulau Mutiara menjadi milik penakluk yang lain dan kuasanya berkurangan. Baginda adalah sultan berjiwa rakyat sesuai dengan namanya dan akibat jiwanya kepada keselamatan rakyat akhirnya baginda mengakhiri hidup dengan rakyat Kedah juga berbelah bagi samada ingin mengelarnya sultan yang penakut kepada Inggeris atau sultan yang melindungi keselamatan rakyat.

Bagaimana pula dengan Sultan Abdul Halim, juga sultan berjiwa rakyat yang memerintah negeri Kedah Darul Aman dengan aman sekali dan merupakan sultan yang memerintah paling lama berbanding dengan sultan-sultan Malaysia yang lain. Jika umurnya panjang, mungkin baginda akan menduduki takhta kesultanan tertinggi di Malaysia iaitu Yang Dipertua Agong sekali lagi. Akan tetapi sejak mutakhir ini terdapat sebahagian rakyat Kedah yang gagal menjadi pembesar cuba menpengaruhi baginda supaya menentang pembesar yang menang pilihanraya. Nasib baiklah pembesar yang mentadbir sekarang juga sejiwa dengan baginda dan direstui pembesarannya sebagai pembesar. Diharap baginda mengakhiri hidup dengan penuh kebanggaan rakyat.

Itu adalah sebahagian contoh sultan yang memerintah dan sultan yang memerintah dengan perintah ( kononnya raja berpelembagaan) dan kebijaksanaan serta keberanian sahaja yang mampu mengubah pandangan rakyat . Kita patut sedar adakah sultan yang memayungi kita merupakan sultan yang memerintah atau sultan yang memerintah dengan perintah. Peranan utama rakyat carilah pembesar yang mampu memberi perkiraan yang betul kepada sultan agar dapat memerintah dengan baik bukannya mencari pembesar yang menghalang pemerintahan sultan dengan alasan raja berpelembagaan. Sejarah sudah membuktikan seseorang sultan tidak boleh terlalu berlembut kerana kesannya apa yang terjadi kepada Sultan Abdul Halim tetapi baginda bernasib baik kerana mempunyai pembesar yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan . Juga tidak boleh terlalu tegas kerana kesannya apa yang terjadi kepada Almarhum sultan Iskandar. Sultan juga tidak boleh sentiasa memayungi rakyat membuta tuli kerana kesannya adalah seperti Sultan Ismail. Dalam pada itu juga tidak boleh tidak memayungi rakyat kerana kesannya seperti Sultan Mahmud. Contoh yang baik jadilah seperti Cik Siti Wan Kembang kerana memiliki pembesar yang jujur dan sentiasa membantu Cik Siti memerintah dan melembutkan hati Cik Siti untuk bersama rakyat. Akan tetapi buatlah pertimbangan seperti Sultan Mohamad Jiwa, walaupun niat yang baik demi rakyat, akhirnya kehilangan jajahan takluk dan itu lebih baik daripada kehilangan semuanya.

Masalah sekarang rakyat melihat sultan sibuk menjaga takhta masing-masing kerana tidak mahu ditentang oleh pembesar yang mentadbir dan mempercayai bulat-bulat peranan raja berpelembagaan. Kenapa sultan perlu takut dengan pembesar. Tunjukkan kuasa sebagai pemerintah yang memerintah bukannya sultan yang memerintah dengan perintah pembesar. Jadilah sultan yang memerintah dan pembesar menjadi pentadbir kerana itulah yang sebenarnya.

Mungkin sudah agak lama berada dalam perintah pembesar, akhirnya muncul sultan yang mampu membuat keputusan menongkah arus berbanding sultan sebelumnya di beberapa negeri. Diharap nama-nama seperti Tengku Ibrahim Johor, Tengku Idris Selangor, Tengku Muhammad Faris Kelantan, Raja Nazrin Perak, Tengku Abdullah Pahang jadilah raja yang memerintah bukannya raja yang memerintah dengan perintah dan menjadi contoh kepada perubahan sistem beraja di Malaysia. Dengan sejarah yang berlaku, jadikan sebagai rujukan untuk menjadi pemerintah yang adil dan saksama.

Penulis lebih suka mengelar sultan adalah pemerintah dan pembesar adalah pentadbir. Bagi penulis sultan yang akan memerintah pentadbir dan bukannya pentadbir yang memerintah sultan. Tidak kira pembesar mana-mana parti selagi corak pentadbiran yang salah haruslah sultan memerintahkan supaya diperbetulkan pentadbiran itu. Kesultanan di Malaysia sudah tidak layak dipanggil sebagai sultan melayu, kerana yang sebetulnya adalah sultan rakyat Malaysia, ini kerana semua bangsa adalah di bawah jajahan takluk sultan tidak kira melayu, cina atau India selagi berstatus rakyat Malaysia.

Jika pertanyaan di kalangan rakyat adakah Malaysia memerlukan sultan ? Mungkin pelbagai jawapan mengiyakan dan menidakkan akan timbul. Di sinilah peranan sultan agar rakyat terus menyakini pemerintahan sultan adalah diperlukan kecuali sultan sendiri yang tidak mahu menjadi sultan maka biarkan pembesar terus memerintah sultan. Penulis sentiasa mendokong kesultanan di Malaysia selagi tidak menentang perintah Allah SWT. Jika sultan sesat maka sesatlah rakyat, jika sultan buta maka butalah rakyat, jika sultan bangga maka banggalah rakyat, jika sultan kaya maka kayalah rakyat , jika sultan melempang rakyat maka makan pelempanglah rakyat, jika sultan adalah sultan maka rakyat adalah rakyat. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh sultan yang telah pulang ke rahmatulah dan memberikan kesihatan yang baik kepada sultan yang masih lagi gering.
Ini Pasal Dia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute